Mengemudi Pasaran Modal
Tiga dekad mengemudi pasaran modal Malaysia.
PRIBUMI telah berjaya meningkatkan imejnya sebagai salah satu dari pasukan penting dalam mengemudi arah tujuan pasaran modal negara. PRIBUMI diminta memberi input terhadap berbagai strategi dan polisi yang dirangka oleh pihak kerajaan.
Detik Bersejarah
Tiga pencapaian yang menonjolkan PRIBUMI.

PRIBUMI Bursa Malaysia Zakat Index (PBMZI)
Indeks khas yang dibangunkan PRIBUMI bersama Bursa Malaysia bagi menggalakkan syarikat tersenarai awam menunaikan zakat korporat kepada pejabat zakat negeri.
Baca selengkapnya →
Wanita Pertama Graduan CMT Malaysia
Cik Nur Adibah Adnan mencatat sejarah sebagai wanita pertama di Malaysia menamatkan program CMT kendalian PRIBUMI.
Baca selengkapnya →
Persidangan Antarabangsa IFTA ke-31
PRIBUMI & MATA — Persidangan Antarabangsa IFTA ke-31, julung kalinya di Malaysia.
Baca selengkapnya →Kronologi Penuh
Tiga dekad detik penting PRIBUMI.
Daripada penubuhan pada 1995, sehingga pelancaran indeks PBMZI bersama Bursa Malaysia pada 2024.
PRIBUMI Bursa Malaysia Zakat Index (PBMZI)
Indeks khas yang dibangunkan PRIBUMI bersama Bursa Malaysia bagi menggalakkan syarikat tersenarai awam menunaikan zakat korporat kepada pejabat zakat negeri.

Pelancaran PRIBUMI Private Mandate
Dana PRIBUMI Private Mandate dilancarkan pada Januari 2024 — sehingga Mei 2024 berjaya mengumpul aset berjumlah MYR 1 juta.
Liberasi Kerjaya Remisier
Inisiatif liberasi membuka ruang yang lebih luas untuk kerjaya remisier di Malaysia.
Wanita Pertama Graduan CMT Malaysia
Cik Nur Adibah Adnan mencatat sejarah sebagai wanita pertama di Malaysia menamatkan program CMT kendalian PRIBUMI.

Persidangan Antarabangsa IFTA ke-31
PRIBUMI & MATA — Persidangan Antarabangsa IFTA ke-31, julung kalinya di Malaysia.

Penubuhan MATA
Penubuhan Malaysian Association of Technical Analysts.

Jelajah bersama MITI & Broker
Siri Jelajah bersama MITI dan rumah broker bagi penyenaraian FGV.
Majlis Graduasi PPWS / PAITP
Majlis Graduasi dirasmikan oleh YB Tan Sri Nor Yakcop.
Jelajah Universiti
Mempromosikan pasaran modal Islam ke universiti-universiti tempatan.
Jelajah CFP
Siri Jelajah Certified Financial Planner ke seluruh negara.
Jelajah BDREF
Siri Jelajah Bumiputera Dealer’s Representatives Education Fund.
Program Pasaran Derivatif
Program Pasaran Derivatif dirasmikan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin. Suntikan dana untuk pendidikan CFA, MFIP, MSTA, CMT, CFP & CFIP.
Pengiktirafan CPE oleh SC
Diiktiraf sebagai penyedia perkhidmatan Pendidikan Profesional Berterusan (CPE) oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Bermulanya juga Program Pasaran Modal Islam.
Kerjasama dengan MTEM
Pemantapan Pasaran Modal Bumiputera bersama MTEM — dirasmikan oleh Dato’ Mustapha.
Koperasi Remisier Bumiputera Berhad
Penubuhan KRBB sebagai wadah simpanan dan pelaburan warga PRIBUMI.

Penubuhan PRIBUMI
Ditubuhkan untuk mewakili kepentingan wakil peniaga Bumiputera (DR) di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.
Penglibatan Strategik
Rangkaian institusi yang dijalin sejak usia muda persatuan.
Pada usia hanya 7 tahun, PRIBUMI telah pun menjalinkan hubungan rapat dengan pihak media massa, elektronik dan cetak, pihak berkuasa kawal selia, dewan perdagangan, institusi pengajian dan kementerian — mencerminkan kedudukan kami dalam ekosistem pasaran modal negara.
