Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia (PRIBUMI) ialah organisasi bukan keuntungan yang mewakili remisier berlesen Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan berdaftar dengan Bursa Malaysia. Remisier ialah wakil peniaga berkomisyen yang menjadi penghubung pelabur dengan syarikat broker saham. PRIBUMI komited mempromosi, memperkukuh dan menyokong peranan remisier Bumiputera dalam industri kewangan dan pasaran sekuriti negara.
Matlamat PRIBUMI
Perlindungan & Perwakilan
Mempertahankan hak dan kepentingan ahli melalui undang-undang berkaitan sekuriti, sambil mewakili mereka di hadapan kerajaan, badan pengawalseliaan, broker saham dan masyarakat.
Pembangunan & Profesionalisme
Memacu kemajuan industri sekuriti dengan meningkatkan standard kecekapan, etika dan amalan profesional, serta mengukuhkan jaringan kerjasama dan persefahaman dalam komuniti ahli
Pendidikan & Perkongsian Ilmu
Memperkaya pengetahuan industri melalui seminar, persidangan, penerbitan dan penyelidikan, serta mewakili ahli dalam dialog dan perbincangan sekuriti di peringkat nasional dan antarabangsa.