Daftar ePenyata CDS

Hanya ikuti tiga langkah mudah di bawah:

  • Pilih jenis ID 
  • Masukkan maklumat ID information dengan betul

Ia boleh menjadi sukar untuk menguruskan aspek kewangan apabila seseorang meninggal dunia. 

Jika anda dikehendaki mengendalikan akaun Sistem Depositori Pusat (CDS) pelabur yang telah meninggal dunia, berikut ialah panduan tentang cara untuk melakukannya.

Untuk mula menguruskan akaun CDS pelabur yang telah meninggal dunia, anda perlu menentukan sama ada anda ialah Personal Representative* (PR). Terdapat dua jenis PR yang dipertimbangkan oleh pihak berkuasa dalam hal ini:

  • Wasi/Pentadbir dilantik menurut Pemberian Probet (GOP)/ Surat Pentadbiran (LA); atau
  • Penerima yang dinamakan dalam Distribution Order (Borang E) atau Direction Letter daripada Amanah Raya Berhad

*Sekiranya anda tidak pasti akan status anda, bolehlah menghubungi Authorised Depository Agent (ADA) iaitu Syarikat Sekuriti atau Bank Pelaburan dan berurusan dengan Jabatan Akaun CDS. 

Jika anda telah pasti diri anda sebagai PR, berikut adalah langkah-langkah yang diperlukan untuk menguruskan akaun CDS masing-masing.

Dokumen tersenarai di bawah perlu diserahkan kepada ADA iaitu Syarikat Sekuriti atau Bank Pelaburan bagi tujuan pengesahan. 

  • Sijil Kematian; yang asal atau salinan yang disahkan; dan
  • GOP/LA; yang asal atau salinan yang disahkan; atau
  • Distribution Order (Borang E) atau Direction Letter daripada Amanah Raya Berhad; dan
  • Kad Pengenalan/Passport asal Wasi/Pentadbir/Penerima. 

Nota Penting:
   * Penyata Akaun CDS diperlukan untuk 

     – Jabatan Tanah & Galian bagi mengeluarkan Distribution Order; atau

     – Amanah Raya Berhad bagi mengeluarkan DIrection Letter.

   * GOP/LA yang diperolehi dari negara asing  mesti dimeterai semula di Mahkamah Tinggi Malaysia.  

   * Salinan dokumen harus disahkan oleh Suruhanjaya Sumpah atau ? 

Selepas semua dokumen disediakan: 

  • Wasi/Pentadbir/Penerima perlu ke pejabat Jabatan CDS atau Khidmat Pelanggan ADA iaitu Syarikat Sekuriti atau Bank Pelaburan untuk myerahkan semua dokumen.
  • Semua dokumen tersebut akan disahkan oleh pegawai berkuasa
  • Wasi/Pentadbir/Penerima perlu melengkapkan borang Personal Representative Authorisation Letter dan serah kepada ADA iaitu Syarikat Sekuriti atau Bank Pelaburan
  • Kad Pengenalan/Passport asal Wasi/Pentadbir/Penerima.
  • Selepas lemgkap proses pengesahan, ADA  iaitu Syarikat Sekuriti atau Bank Pelaburan akan memaklumkanstatus PR kepada Wasi/Pentadbir/Penerima. 
  • PR boleh melakukan Pemindahan Saham, menangguh atau membatalkan akaun CD

 

Nota Penting:
   * PR/Peguam disarankan untuk menulis secara umum “Semua saham yang tersenarai dalam akaun CDS” dalam GOP atau LA.

   * Di bawah Akta SICDA 1991 Fasal Kerahsiaan, Bursa Malaysia dilarang mendedahkan sebarang maklumat pemegang akaun termasuk baki saham dan nombor akaun CDS. 

   * Penerima pindahan sekuriti boleh sesiapa sahaja asalkan mendapat persetujuan daripada Wasi/ Pentadbir.  

   * Maklumat berkenaan dengan Akaun Trading boleh didapati melalui ADA iaitu Syarikat Sekuriti atau Bank Pelaburan.