PRIBUMI telah berjaya meningkatkan imejnya sebagai salah satu dari pasukan penting dalam mengemudi arah tujuan pasaran modal negara. PRIBUMI diminta memberi input terhadap berbagai strategi dan polisi yang dirangka oleh pihak kerajaan. Peruntukan 10% Bursa Saham Kuala Lumpur kepada remisier apabila BSKL didemutualisasikan mengiktiraf sumbangan remisier terhadap industri pasaran saham negara. 

Pada usia hanya 7 tahun PRIBUMI telah pun menjalinkan hubungan rapat dengan pihak media massa/elektronik/cetak; Suruhanjaya Sekuriti, Bursa Saham Kuala Lumpur, Persatuan Syarikat-syarikat Broker Saham Malaysia, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, institusi-institusi pengajian tinggi, institusi-institusi kewangan, syarikat-syarikat broker saham, syarikat-syarikat tersenarai, Majlis Tindakan Ekonomi Negara, Kementerian Kewangan, Kementerian Pembangunan Usahawan, dan Kementerian Pembangunan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. 

2024
PERLANCARAN: PRIBUMI BURSA Malaysia Zakat Index (PBMZI)


Indeks Zakat Bursa Malaysia PRIBUMI (PBMZI) ialah indeks khas yang dibangunkan PRIBUMI bersama Bursa Malaysia bagi menggalakkan syarikat tersenarai awam (PLC) menunaikan zakat korporat kepada pejabat zakat negeri. Ia merangkumi PLC serta anak syarikat atau cabang perniagaan yang membuat sumbangan zakat korporat, dengan pemilihan berasaskan jumlah dan komitmen sumbangan tanpa mengambil kira status pematuhan Syariah. Penentuan sumbangan ini berpandukan resolusi Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia tahun 1992 dan 2001.

2024
PERLANCARAN: PRIBUMI Private Mandate


Dana PRIBUMI Private Mandate Berjaya dilancarkan pada Januari 2024 dan sehingga Mei 2024 telah berjaya mengumpul asset berjumlah MYR1 juta. 

2023
LIBERASI KERJAYA REMISIER
2022
WANITA PERTAMA GRADUAN CMT MALAYSIA

Cik Nur Adibah Adnan merupakan wanita pertama di Malaysia menamatkan program CMT kendalian PRIBUMI.

2018
PERSIDANGAN ANTARABANGSA IFTA KE-31

PRIBUMI & MATA -Persidangan Antarabangsa IFTA ke-31, julung kalinya di Malaysia

2014
PENUBUHAN MATA
2012
JELAJAH BERSAMA MITI & BROKER

Siri Jelajah bersama MITI & Broker bagi penyenaraian FGV

2010
MAJLIS GRADUASI

PPWS / PAITP Majlis Graduasi dirasmikan oleh YB Tan Sri Nor Yakcop

2008-2009
JELAJAH UNIVERSITI

Mempromosikan pasaran modal Islam ke universiti

2006
JELAJAH CFP

Siri Jelajah CFP

2005
JELAJAH BDREF

Siri Jelajah BDREF

2003
PROGRAM PASARAN DERIVATIF

Program Pasaran Derivatif dirasmikan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin

SUNTIKAN DANA

Membawa dan menyediakan Pendidikan berkualiti seperti CFA, MFIP, MSTA, CMT, CFP & CFIP

2000
PENGIKTIRAFAN CPE

Program Pasaran Modal Islam

PENGIKTIRAFAN
Diiktiraf sebagai penyedia perkhidmatan Pendidikan Profesional Berterusan atau CPE oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

1998
KERJASAMA MTEM

Pemantapan Pasaran Modal Bumiputera bersama MTEM, dirasmikan oleh Dato’ Mustapha

1996
Koperasi Remisier Bumiputera Berhad

Penubuhannya demi menjadikan KRBB sebagai suatu wadah simpanan dan pelaburan warga PRIBUMI.

1995
PENUBUHAN

Ditubuhkan untuk mewakili

kepentingan wakil peniaga Bumiputera (DR) di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak