FTSE FBMKLCI HARI INI
Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia (PRIBUMI) ialah sebuah organisasi bukan bermotifkan keuntungan di Malaysia yang mewakili Wakil peniaga berkomisyen atau lebih dikenali sebagai ‘Remisier’ yang dilesenkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (Securites Commission Malaysia) dan berdaftar dengan Bursa Malaysia Berhad.
Wakil peniaga berkomisyen atau lebih dikenali sebagai ‘remisier’ adalah individu yang bertindak sebagai perantara antara pelabur dan syarikat broker saham (Participating Organization). Mereka membantu pelabur dalam membeli dan menjual sekuriti dalam pasaran saham. PRIBUMI memberi tumpuan khusus kepada mempromosi dan menyokong remisier Bumiputera dalam industri kewangan Malaysia.
MATLAMAT PENUBUHAN
Pertubuhan ini adalah sebuah persatuan yang berjuang untuk menyatupadukan ahli-ahli untuk kepentingan dan faedah ekonomi. Tujuannya adalah seperti berikut:-
- Untuk mewakili kepentingan ahli-ahli sebagai satu badan dengan matlamat untuk memperbaiki keadaan pekerjaan mereka dan hubungan mereka dengan badan broker saham yang relevan, badan kerajaan dan orang awam.
- Memastikan kepentingan ahli terjamin dari segi undang-undang yang digubal dan dipinda di Malaysia, berhubung perniagaan sekuriti.
- Menggalakkan kepentingan industri sekuriti di Malaysia dan memperbaik industri tersebut.
- Menggalakkan interaksi sosial, persefahaman dan kerjasama di kalangan ahli-ahli.
- Menggalakkan standard tertinggi bagi kecekapan, amalan, tindakan dan profesionalisme di kalangan ahli.
- Meningkatkan pengetahuan dan pemahaman tentang industri sekuriti melalui promosi dan penyebaran, juga pertukaran maklumat berhubung perkara yang diminati oleh para profesional, di kalangan ahli dan lain-lain, dengan mengadakan persidangan, pertemuan, seminar, melalui penerbitan berkala, surat berita dan melalui penggalakkan, penyusunan dan penerbitan kajian penyelidikan dengan kebenaran pihak berkuasa terlebih dahulu.
- Membantu atau mewakili ahli dalam perbincangan berhubung sekuriti dan lain-lain, sama ada di dalam atau di luar Malaysia.
- Berhubung atau bekerjasama dengan badan atau persatuan lain yang mempunyai tujuan yang sama dengan Pertubuhan.
TENTANG PRIBUMI
Merupakan :
- Pembekal pendidikan dan kursus (CPE) yang diiktiraf di dalam pasaran modal negara sejak tahun 2000 di bawah seliaan Suruhanjaya Sekuriti.
- Pelopor dan Pemegang Amanah bagi Dana Pendidikan Wakil Peniaga Bumiputera (BDREF) yang dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti.
- Ahli Majlis Penasihat GABEM
- Ahli Majlis Perundingan Melayu (MPM)
- Ahli Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Bersatu Bhd (MTEM)
- Badan Afiliasi Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM)
- Badan Afiliasi Gagasan Badan Ekonomi Melayu (GABEM)