Diploma of Technical Analysis (MSTA) dari Society of Technical Analysis United Kingdom menawarkan program yang merupakan program pendidikan komprehensif dalam analisis teknikal. Ia merangkumi pelbagai topik dan menyediakan asas yang kukuh dalam prinsip dan teknik analisis teknikal.
Sejak tahun 2003 PRIBUMI mempromosikan program Diploma MSTA ini kepada ahli-ahli sebagai langkah menambah baik skil analisis teknikal mereka. Sehingga ke hari ini, PRIBUMI telah melahirkan 187 graduan MSTA melalui dana pendidikan (BDREF) yang diterima.
7 graduan MSTA ini telah bergabung idea dan keringat menubuhkan Pertubuhan Penganalisis Teknikal Malaysia atau lebih dikenali MATA (Malaysian Association of Technical Analysts) pada tahun 2014. Seawal usia 4 tahun, MATA telah terpilih untuk menganjurkan persidangan antarabangsa IFTA yang ke 31 buat julung kalinya di Malaysia. Kejayaan pengurusan dan penganjuran persidangan tersebut menjadi aras pengukur terbaik dalam sejarah penganjurannya sehingga kini.
Pengasas MATA
1. Presiden – Datuk Dr Mohd Nazri Khan Adam Rasol Khan
2. Timbalan Presiden – Nik Mohd Ihsan Bin Raja Abdullah
3. Setiausaha – Luqman Hakim Bin Jatmi
4. Timbalan Setiausaha – Farhana Aini Binti Omar
5.Bendahari – Mohd Hafiz Farhan Bin Mustafa
5. Exco – Mohd Fakhrul Asyraq Bin Mohd Aluwi
6. Exco – Muhammad Zuhri bin Mohd Zain
7. Exco – Nabil Fikri Bin Noor Iskandar Hashim